28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wanita ditahan, koyak dan bakar naskhah al-Quran

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan selepas dikesan mengoyak dan membakar naskhah al-Quran, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata, suspek yang juga seorang pengawal keselamatan didapati melakukan perbuatan itu di tangga tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang.

Menurut beliau, wanita terbabit dilaporkan mengoyak helaian naskhah al-Quran sebelum membakarnya.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Dang Wangi, menerima maklumat kejadian pada jam 1.15 pagi tadi sebelum menahannya pada jam 2 petang.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menghadapi tekanan perasaan akibat masalah keluarga,” katanya hari ini.

Noor Dellhan berkata, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Menurutnya, polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (tidak membawa pengenalan diri).

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan