34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Calon bebas PRU15 ditahan guna senjata api tanpa lesen

Video berkenaan kemudiannya dimuat naik di media sosial miliknya iaitu di TikTok dan Instagram.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang calon bebas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi membantu siasatan berhubung kes penggunaan senjata api tanpa lesen serta kebenaran.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama rakannya, seorang lelaki berumur 41 tahun di Petaling Jaya, Selangor, pada 10.20 malam tadi.

“Tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan pada 6.53 petang semalam, berhubung kejadian seorang warga tempatan memuat naik klip (rakaman video) sedang melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor dalam media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berkenaan kemudiannya dimuat naik di media sosial miliknya iaitu di TikTok dan Instagram.

Ku Mashriman berkata, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak peluru jenis Glock, 12 butir peluru hidup, kad Persatuan Menembak Selangor dan telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(A), 8(B) dan 41 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, kedua-dua individu itu ditahan reman empat hari sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan.

-EDISI9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan