25.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Harga maksimum minyak masak botol turun

Harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut adalah RM6.90 bagi kemasan botol 1 kg, RM13.30 (2 kg) dan RM19.60 (3 kg). 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARGA minyak masak sawit tulen kemasan botol lima kilogram (kg) sekali lagi diturunkan kepada RM30.90 berkuat kuasa mulai 8 November sehingga 7 Disember depan. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan, kawalan harga tersebut dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

Menurut kenyataan itu, harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut adalah RM6.90 bagi kemasan botol 1 kg, RM13.30 (2 kg) dan RM19.60 (3 kg). 

“Kerajaan menerusi KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022.

Baca juga:   KPDNHEP siasat dakwaan ayam dijual RM13 sekilogram

“Mana-mana pihak yang didapati menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000 atau Portal e-aduan.kpdnhep. 

Selain itu, menerusi pusat panggilan 1-800-886-800, emel [email protected], Ez ADU KPDNHEP atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245. 

Baca juga:   MoT tarik balik larangan kenderaan berat di jalan raya di Labuan

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan minyak masak dalam botol 5 kg akan dijual pada harga maksimum RM31.50 berbanding RM33.50. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan