28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Harga runcit minyak masak botol kekal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit bagi minyak masak tulen dalam botol kekal biarpun terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah pada April berbanding bulan sebelumnya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, harga minyak masak botol bagi satu kilogram kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg pada harga RM30.90.

Katanya, kerajaan dan industri bersetuju mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol untuk tempoh 8 Mei hingga 7 Jun.

“Kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan April telah melepasi RM4,000.00 per tan metrik. Kenaikan ini sekali gus menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen dalam botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak. 

Advertisements

“Bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat dan pengguna, Kerajaan dan industri bersetuju mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol dan perbezaan harga di tanggung Kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Harga runcit bagi minyak masak tulen botol kekal bagi tempoh 8 Mei hingga 7 Jun 2023. Foto: KPDN

Menurut KDPN, pengekalan harga runcit minyak masak sawit dalam botol itu melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.

Katanya, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

“Bagi individu, boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Untuk syarikat, boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan