25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kilang gula tutup punca bekalan terputus – KPDN

Bekalan gula di Pantai Timur kembali pulih selepas kilang dibuka semula selepas Aidilfitri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENUTUPAN sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd. di Johor dan Perai, Pulau Pinang dikenal pasti sebagai punca berlakunya gangguan bekalan gula di Pantai Timur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua kilang tersebut ditutup adalah sempena sambutan Aidilfitri dan telah kembali beroperasi pada 25 April lalu.

Susulan itu, beliau katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama rapat dengan dua kilang pengeluar gula tempatan, MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) bagi memastikan isu gangguan bekalan gula diatasi segera.

“Isu kekurangan gula di Pantai Timur telah dapat diatasi, saya harap penduduk tidak panik dan tidak terpedaya dengan isu yang dimainkan bahawa terdapat kemungkinan harga gula akan naik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bekalan gula paket satu kilogram (kg) di Kelantan dilaporkan terputus sekali gus mencetuskan kegusaran dalam kalangan penduduk di negeri itu sejak 22 April lalu.

Advertisements

Susulan itu, KPDN Kelantan mengambil langkah mengagihkan sebanyak 250,000kg gula kepada sejumlah besar pasar raya termasuk pengagihan secara berperingkat kepada pemborong dan peruncit.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bekalan baharu akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan KPDN Kelantan.

Sementara itu, Salahuddin memaklumkan bahawa tiada perubahan bagi harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol untuk tempoh 8 Mei hingga 7 Jun depan.

Katanya, harga minyak masak botol bagi satu kilogram kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg pada harga RM30.90.

“Secara umumnya terdapat kenaikan harga sawit mentah untuk bulan April berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik. Kenaikan ini menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen,” uajrnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan