Sunday, July 19, 2026

Tiada cukai terhadap gula bertapis, harga kekal – MOF

Tiada justifikasi untuk sebarang kenaikan harga gula bertapis, memandangkan pengeluar seperti MSM terus menerima insentif bulanan daripada kerajaan...

Mesti Baca

TIADA sebarang kenaikan harga akan berlaku terhadap gula bertapis meskipun semakan semula Cukai Jualan ke atas gula mentah akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Kementerian Kewangan berkata,  gula bertapis atau gula putih kekal tidak dikenakan cukai, selaras dengan pendekatan bersasar Kerajaan MADANI yang mengekalkan pengecualian cukai terhadap barangan keperluan asas rakyat seperti gula, garam, ayam, telur, daging, ikan, sayur-sayuran, minyak masak dan beras.

“Cukai Jualan sebanyak 5 peratus hanya dikenakan ke atas gula mentah yang digunakan dalam pengeluaran gula halus.

“Namun, pengilang seperti MSM boleh memohon pengecualian cukai bagi bahan mentah dan input mereka,” kata kementerian itu hari ini.

MOF memberikan penjelasan itu susulan kenyataan MSM Malaysia Holdings Berhad berkaitan impak pelaksanaan cukai berkenaan terhadap industri gula negara.

Menurut kenyataan MOF, gula bertapis atau gula putih kekal tidak dikenakan cukai, selaras dengan pendekatan bersasar Kerajaan MADANI yang mengekalkan pengecualian cukai terhadap barangan keperluan asas rakyat seperti gula, garam, ayam, telur, daging, ikan, sayur-sayuran, minyak masak dan beras.

MOF turut menegaskan bahawa tiada justifikasi untuk sebarang kenaikan harga gula bertapis, memandangkan pengeluar seperti MSM terus menerima insentif bulanan daripada kerajaan demi memastikan kestabilan bekalan dan harga pasaran.

Dalam pada itu, pengilang dan penapis gula diingatkan supaya mengemukakan permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia seperti yang diperuntukkan di bawah Butiran 1, Lajur (2), Jadual B dalam Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan daripada Pembayaran Cukai).

Kerajaan menyeru agar pemain industri bertindak secara bertanggungjawab dan tidak menimbulkan kekeliruan atau kebimbangan tidak berasas dalam kalangan pengguna. 

Harga bahan mentah itu yang dikawal mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu RM2.85 sekilogram bagi gula putih bertapis kasar manakala RM2.95 sekilogram bagi gula putih bertapis halus. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan