23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Cuaca Panas: Tiada PdPR jika sekolah ditutup

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) semula jika sekolah ditutup yang menghadapi status suhu harian bagi cuaca panas dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr. Ahmad Rafer Che Kassim berkata, sesi persekolahan secara bersemuka akan diteruskan pada tarikh lain yang akan dikemukakan oleh Pengarah Pendidikan di setiap negeri masing-masing.

“Tidak ada PdPR bila sekolah ditutup kita akan lihat sejauh mana, kalau tempohnya panjang, kita akan lihat mekanisme sebelum ini.

“Garis panduan kita sebelum ini telah menyatakan sekiranya sekolah ditutup, akan diganti semula. Pihak Pengarah Pendidikan Negeri akan memaklumkan semula untuk tarikh penggantian, jadi ini sebab mengapa tidak ada PDPR,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pra Pelancaran PBAKL 2023 di Tamarind Square di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad Rafer juga meminta pihak sekolah meningkatkan pemantauan terhadap keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (MET) dan membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Syor dari kami juga supaya pihak sekolah terus memantau tahap kesihatan murid dan para guru kita serta aktiviti luar dapat dielakkan.

“Ingatan juga buat anak-anak untuk minum air dengan banyak, yang akan membantu isu cuaca panas ini,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan