30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ayuh Kerteh FC, buktikan keupayaan di atas padang

Mesti Baca

NAMA Kerteh FC sudah gah di seantero bumi Malaya kerana kehebatannya dalam pengurusan yang profesional walaupun statusnya hanya sebuah kelab bola sepak komuniti nun di sebuah kampung di Terengganu.

Masakan tidak, keupayaan Kerteh FC yang membina nama dan keupayaan segi kewangan dan pentadbiran dilihat jauh lebih baik daripada kelab-kelab profesional lain yang bersaing dalam Liga Malaysia.

Sejak menjulang dua trofi kejuaraan dalam satu musim yang dicatat pada 2019 selepas setahun selepas kelab itu ditubuhkan, namanya semakin menjadi sebutan bukan sahaja dalam kalangan peminat bola sepak tetapi turut mendapat pujian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dengan berpegang kepada prinsip “bola sepak adalah perniagaan”, kelab yang dikendalikan oleh syarikat KAL Services Sdn Bhd ini mampu melantik penasihat teknikal dari Sepanyol, Oscar Riera.

Malahan Kerteh FC juga mampu menarik nama-nama besar dalam industri seperti Carabao untuk bekerjasama dan menaja kelab tersebut, walaupun hanya beraksi di Liga M4, Liga Malaysia.

Bahkan Kerteh FC mencatat nama sebagai kelab M4 pertama yang memiliki stadium sendiri sehingga dicemburui oleh banyak pasukan lain.

Kehebatan Kerteh FC dalam pengurusan bola sepak dalam tempoh lima tahun ini tidak dapat dinafikan lagi dan boleh menjadi penanda aras bagi kelab-kelab lain.

Namun, persoalannya sejauh mana kehebatan pengurusan mampu melahirkan pasukan yang mantap?

Kerteh FC menjadi satu-satunya pasukan M4 yang memiliki stadium sendiri. – Foto: Kerteh Sports City
Advertisements

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh para peminat bola sepak khususnya penggemar dan penyokong Kerteh FC sendiri.

Mereka mahu melihat hasilnya di atas padang selepas gah mencipta nama di luar gelanggang — di atas kertas dan dalam media.

Pasukan Kerteh FC yang dibimbing pengarah teknikal berpengalaman, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor dan jurulatih Shafib Salmi Muda perlu membuktikan bahawa hasil pengurusan kelab yang baik mampu menampilkan pasukan yang hebat, sepertimana dibuktikan oleh JDT.

Mereka tidak boleh lagi mendabik dada dengan juara berganda Liga Amatur Terengganu pada 2019 lalu sebaliknya perlu membuktikan diri pada masa kini.

Meletakkan sasaran untuk bersaing di Liga M3 pada 2028 adalah terlalu lama dan merugikan jika diambil kira dari sudut perniagaan.

Ini kerana, semakin lama ia akan meningkatkan kos dan pelaburan yang memperoleh pulangan dalam tempoh lebih singkat.

Bayangkan jika Kerteh FC hanya bersedia untuk bersaing dalam Liga M3 pada 2028, bila pula para pemain ini dapat menikmati perlawanan lebih kompetetif di peringkat lebih tinggi?

Justeru, para pengurusan Kerteh FC sewajarnya memikirkan langkah yang lebih pendek untuk bersaing dalam Liga Malaysia dan bukan hanya lebih selesa bermain di liga bawahan.

Jadi ayuhlah Kerteh FC! Buktikan diri di atas padang!

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan