27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kapal tangki terbakar, tiga kru masih hilang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) bagi mencari tiga kru kapal tangki yang terbakar dan masih hilang.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima makluman pada pukul 4 petang semalam mengenai kebakaran yang berlaku di 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili.

Katanya, kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika itu dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 orang kru kapal.

Advertisements

“Op Carilamat diaktifkan pada jam 4 petang dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia Petir 12 telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut.

“Seramai 23 orang kru berjaya diselamatkan dua buah kapal berhampiran lokasi kejadian manakala baki tiga lagi kru kapal dilaporkan masih hilang. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya menerusi Facebook hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan