30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Reezal Merican Pengerusi MATRADE baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang kesembilan berkuatkuasa serta-merta.

Perkara tersebut dimaklumkan MATRADE dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja MATRADE mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican atas pelantikan sebagai Pengerusi MATRADE,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

MATRADE turut menyambut baik pelantikan itu memandangkan pengalaman Reezal yang luas dalam hal ehwal antarabangsa, diplomasi, pentadbiran kerajaan dan perhubungan industri akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian eksport Malaysia dalam pasaran global baharu.

Advertisements

Untuk rekod, Reezal Merican mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) serta menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Luar (2015-2018).

Reezal dalam satu kenyataan pada hari ini berkata, beliau amat berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Pengerusi MATRADE dan berusaha untuk memacu prestasi perdagangan dan eksport Malaysia dengan lebih baik bagi mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh.

MATRADE ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan