27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Saifuddin guna kuasa Menteri lulus program politik – Wan Saiful

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk program politik kerajaan perpaduan.

Katanya, ucapan Saifuddin dalam ceramah di Kedah pada 29 April lalu memberi gambaran beliau akan menggunakan kuasa untuk kelebihan program politik PH-UMNO di negeri itu.

“Ini adalah satu lagi contoh betapa semangat reformasi sudah lenyap dari PH-Umno. Dulu mereka menjerit melaungkan pentingnya membebaskan institusi dari campur tangan politik.

“Tapi PH-Umno kini langsung tidak malu-malu memperalatkan institusi penguatkuasa untuk kepentingan politik mereka.

“Jika polis boleh diberi arahan sesuka hati untuk agenda politik PH-Umno, apa jaminan yang boleh diberi kepada rakyat bahawa institusi penguatkuasa lain tidak diarah secara terpilih untuk tujuan yang sama?,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Advertisements

Beliau mengulas video ucapan Saifuddin dalam Himpunan Madani Kedah 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Alor Setar baru-baru ini.

Ucapan itu menyentuh kepada proses permohonan program politik di Kedah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu tidak lama lagi.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, langkah itu menunjukkan gabungan PH-UMNO sudah tidak lagi beriltizam untuk menjaga melindungi kebebasan institusi penguatkuasa.

“Sebaliknya kini PH-Umno sedang rakus mempergunakan apa saja kuasa serta agensi terpilih demi kepentingan politik.

“PH-Umno sudah hilang hala tuju dan mereka bulan lagi pengibar reformasi,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan