23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Majlis Peguam kuat main politik – Puad Zarkashi

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Peguam Malaysia dilihat sering ‘bermain’ politik selain berat sebelah dan amat selektif terhadap pihak yang dipertahankan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Majlis Peguam kini tidak lagi fokus kepada peranan asas mereka.

Oleh itu, badan berkenaan disaran untuk didaftarkan sebagai badan politik kerana dilihat tidak mengawal profesionalisme kepeguaman.

“Majlis Peguam akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) 10 Mei akan datang. Ia akan membahas usul mengutuk “serangan bertalu-talu” terhadap badan kehakiman.

“Bar Council mempertahankan Hakim Nazlan, membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Nazlan dan mengecam Azalina kerana mengesahkan hasil siasatan SPRM.

Advertisements

“Lebih baik daftar Bar Council sebagai badan politik. Badan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia tidak pun berperangai macam Bar Council,” katanya dalam catatan di Facebook pada hari ini.

Ujar Puad lagi, badan itu sepatutnya membahas dan membuat pendirian terhadap dapatan SPRM bahawa Nazlan melanggar tata etika Hakim.

“Bar Council patut bahas dan buat pendirian terhadap dapatan SPRM bahawa Nazlan melanggar tata etika Hakim. Itu baru betul. Buatlah pendirian yang bermaruah.

“Kenapa marah Peguam Negara kerana tidak mempertahankan Hakim Nazlan. Kenapa tutup mata sebelah dalam kes Zetti Aziz. 

“Kenapa tidak bahas memoir Tommy Thomas yang mendakwa ada campur tangan dalam perlantikan hakim hakim. Kuat politik Bar Council,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan