24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis bantuan bank berlagak samseng jalanan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anggota polis dan berlagak seperti samseng jalanan dalam video tular merupakan polis bantuan di sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 20 saat itu di Facebook yang mana kejadian membabitkan dua pemandu kereta itu berlaku di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) semalam.

Katanya, hasil semakan mendapati, satu laporan polis telah diterima anggota Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Menurut pengadu, kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda City telah memandu secara merbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya.

“Suspek bertindak mengeluarkan seperti kad polis dan menunjuk kepada pengadu.

Advertisements

“Suspek tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan kerana mendapati pengadu telah mengganggu laluanya tanpa memberikan lampu signal ubah haluan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kemudiannya bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya pengadu berhenti.

“Semakan mendapati suspek merupakan anggota polis bantuan sebuah bank. Kes telah diklasifikasikan sebagai rujuk kepada majistret atau ‘RKM’.

“IPD Wangsa Maju akan merujuk ke agensi polis bantuan berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Polis menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan