25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rahadiazli antara digugur daripada skuad Sukan SEA

Pengguguran penjaga gol muda Terengganu FC itu disebabkan masalah kecederaan tangan yang dihadapinya.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENJAGA gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim merupakan antara lima pemain yang digugurkan Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, E. Elavarasan bagi kejohanan Sukan SEA Phnom Penh di Kemboja.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, pengguguran Rahadiazli adalah disebabkan masalah kecederaan tangan yang dihadapi penjaga gol muda tersebut.

Katanya, empat pemain lain yang digugurkan adalah Muhammad Syakimi Karim (Negeri Sembilan FC), Mohammad Zharmien Ashraf Ismail (Kedah Darul Aman FC), Fakrul Fareez Aidi (Selangor FC) dan Muhammad Nadzwin Mohd Salleh (Kuala Lumpur City FC).

“Skuad junior negara akan berlepas ke Kemboja hari ini dan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos pada 3 Mei, Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura pada 11 Mei,

“Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Prince,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ke-3/4 berlangsung pada 16 Mei depan.

Sementara itu, senarai 20 pemain skuad Sukan SEA Harimau Muda bakal membariskan penyerang KL City FC, Haqimi Azim Rosli, Fergus Tierney (Johor Darul Ta’zim II) dan Aliff Izwan Yuslan (Selangor) untuk mengetuai jentera serangan.

Pemain Selangor, Mukhairy Ajmal pastinya pilihan utama untuk menjadi jeneral tengah bersama Muhamad Syahir Basyah, Najmuddin Akmal Kamal Akmal dan Daryl Sham K.K George.

Skuad kendalian Elavarasan ini bakal diperkuat dua pertahanan skuad senior, R. Ruventhiran dan Azam Azmi Murad yang akan bergandingan bersama beberapa pertahanan lain termasuk Zikri Khalili, Ubaidullah Shamsul, Harith Haiqal Adam Afqar dan Azrin Afiq Rusmini.

Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain Harimau Muda untuk Sukan SEA 2023: – Edisi 9

Senarai akhir 20 pemain Harimau Muda bagi menghadapi Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan