31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

BN akan tawan semula Putrajaya – Ismail Sabri

Demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) akan menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, semua itu dapat dicapai dengan kerja keras yang berterusan.

“Demi kestabilan dan kemakmuran negara. Insya Allah dengan kerja keras yang berterusan, Barisan Nasional akan menawan semula Putrajaya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Pada PRU15, Ismail Sabri mempertahankan kerusi Parlimen Bera.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan berkata BN perlu menang besar pada PRU15 supaya menjadi dominan di Putrajaya, sekali gus membolehkan keputusan penting dapat dilaksanakan dengan mudah.

Beliau berkata, kemenangan BN ditambah dengan kerjasama rakan-rakan parti dari Sabah dan Sarawak juga, dapat menghilangkan ‘rasa tidak stabil’ selain tidak lagi perlu mengharap ihsan pihak lain.

Malah, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan menegaskan BN mesti mencapai atau melepasi 112 kerusi untuk memastikan gabungan itu dapat menubuhkan kerajaan selepas PRU-15 nanti.

Dalam hantaran berlainan, beliau berharap semua pihak mendoakan Malaysia akan lebih banyak melakar kejayaan atas dokongan dan sokongan seluruh Keluarga Malaysia pada PRU15 ini.

“Mandat ini adalah tanggungjawab kita. Kitalah yang akan menentukan kejayaan Malaysia pada masa akan datang.

“Alhamdulillah… Pengumuman Calon Barisan Nasional Pahang berjalan dengan lancar dan jayanya. Kita bulatkan tekad untuk bekerja dengan lebih kuat demi menabur bakti kepada negara dan seluruh Keluarga Malaysia yang tercinta,” katanya.

Untuk rekod, BN Pahang menampilkan 35 muka baharu daripada keseluruhan 56 calon yang akan mewakili parti itu pada PRU15, 19 November ini.

Antara calon baharu itu, Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd. Nizar Najib yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, untuk Parlimen, seramai lapan calon muka baharu ditampilkan daripada keseluruhan 14 kerusi.

“Bagi kerusi DUN, 27 daripada 42 kerusi adalah merupakan calon baharu. Kombinasi ini ramuan yang strategik bagi memastikan kesinambungan inisiatif yang telah dirancang serta percambahan idea-idea segar dan baru.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan