36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dua polis cedera diserang warga asing mabuk guna batu

Suspek warga Sri Lanka berusia 36 tahun kemudian berjaya diberkas dan ujian saringan air kencing suspek negatif dadah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA anggota polis cedera selepas diserang warga asing mabuk yang menceroboh sebuah rumah dalam kejadian di Batu 4 Jalan Kapar, Klang, Selangor, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pada pukul 2.04 pagi, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.

“Dua anggota kereta peronda polis (MPV) IPD Klang Utara telah dihantar ke lokasi terbabit.

“Apabila sampai di lokasi, didapati lelaki yang menceroboh rumah terbabit berada di kediaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Vijaya, semasa tangkapan hendak dibuat, lelaki terbabit bertindak agresif dan menyerang dua anggota polis berusia lingkungan 30 dan 50-an itu menggunakan batu.

“Tindakan suspek itu mengakibatkan seorang anggota polis mengalami lebam di kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat pergelutan.

“Suspek warga Sri Lanka berusia 36 tahun kemudian berjaya diberkas dan ujian saringan air kencing suspek negatif dadah,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk dan telah menceroboh masuk ke pekarangan rumah terbabit.

“Suspek kini ditahan di IPD Klang Utara untuk siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan