Tuesday, July 21, 2026

Polis sahkan wujud kegiatan jual vape mengandungi dadah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM.

Beliau berkata, ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47 juta serta menahan tujuh suspek.

“PDRM serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua kegiatan melibatkan bahan larangan ini,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Media tempatan melaporkan vape yang mengandungi dadah dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna.— BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan