27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Muafakat Nasional hanya NGO – Annuar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan penubuhan Muafakat Nasional (MN) bukan untuk menyertai pilihanraya.

Penjelasan itu dibuat beliau menerusi ciapan di Twitter malam tadi kerana sebelum ini Annuar dikaitkan mengetuai MN dan telah didaftar sebagai sebuah parti.

Katanya, pada masa ini MN bukan sebuah parti politik.

“Ia adalah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dibawah pendaftar pertubuhan secara rasmi dan sah. Tidak berbangkit soal MN menyertai pilihanraya.

Advertisements

“MN boleh diaktifkan untuk menjalankan aktiviti yang selari dengan perlembagaannya,”katanya.

Semalam, Edisi 9 melaporkan, selepas nama tidak tercalon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai telah menubuhkan sebuah parti baharu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, parti baharu itu dinamakan dengan Muafakat Nasional.

Dalam hantaran itu juga turut disertakan beberapa keping gambar yang memaparkan logo, baju, senarai ahli parti serta surat pengesahan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan