24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Satu kes positif COVID-19 dikesan hari pertama VTL dibuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT satu kes positif COVID-19 telah dikesan pada hari pertama Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dibuka antara Malaysia dan Singapura.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kes positif itu dikesan pagi tadi, menerusi saringan yang dijalankan di pintu masuk Malaysia.

“Tindakan cepat dan pantas sedemikian penting bagi memastikan penularan jangkitan, termasuk daripada risiko varian baharu, omicron berupaya ditangani sepenuhnya.

“Kita buat semua keputusan bersandarkan sains, justeru kementerian tegas untuk tetap melaksanakan saringan apabila mereka tiba di pintu masuk negara.

“Walaupun mereka yang masuk menerusi VTL dikehendaki membuat saringan 72 jam sebelum hari perjalanan, tetapi ia masih membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan.

“Keputusan ini terbukti tepat apabila kita kesan satu kes positif pagi ini bila tiba di Malaysia,” katanya pada ucaptama Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan COVID-19 Institut Kesihatan Negara (NIH) – Kementerian Kesihatan (KKM), Kuala Lumpur hari ini, lapor BH Online.

Sementara itu, di SEPANG, seramai 240 penumpang penerbangan pertama bagi VTL dari Singapura tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.20 pagi ini.

Advertisements

Kesemua penumpang tersebut tiba menerusi pesawat Singapore Airlines (SQ108) hari ini selepas pelaksanaan VTL melibatkan sektor darat dan udara.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd. Zamri Mat Zain dan Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

Sebaik tiba, kesemua penumpang tersebut perlu menjalani saringan terlebih dahulu serta menunggu keputusan sebelum dibenarkan keluar dan tidak perlu menjalani kuarantin selepas ujian negatif.

Di JOHOR BAHRU, sebanyak 32 trip bas yang membawa seramai 2,880 penumpang akan merentasi Tambak Johor bermula hari ini.

Ia susulan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di checkpoint Woodlands, Singapura.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, VTL membolehkan rakyat kedua-dua negara melakukan perjalanan selepas sekian lama sempadan ditutup akibat pandemik Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan