23.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 18, 2022

Anggota polis selamatkan kanak-kanak warga Czech digigit anjing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pantas anggota dari Balai Polis Batu Feringgi, Pulau Pinang, menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki warganegara asing yang mengalami kecederaan di bahagian muka akibat digigit seekor anjing 20 November lalu.

IPD Timur Laut, Pulau Pinang dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan kunjungan orang awam iaitu seorang lelaki warganegara Republik Czech bersama anak lelaki beliau berusia lima tahun bagi menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh anggota PDRM Balai Polis Batu Feringgi ke balai berkenaan semalam.

Menurut kenyataan berkenaan, bapa mangsa mengakui tindakan pantas dari pihak PDRM telah berjaya menyelamatkan nyawa anaknya.

“Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota polis dari Balai Polis Batu Feringgi telah pergi ke lokasi kejadian apabila menerima maklumat tersebut.

“Melihat kecederaan yang dialami oleh mangsa agak serius, anggota polis telah menghubungi anggota kereta peronda (MPV) untuk membantu eskot kenderaan ibu bapa mangsa pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan serta merta,” kongsinya malam tadi.

Dalam kunjungan berkenaan juga, Ketua Balai Polis Batu Feringgi telah menyampaikan rasa simpati dari Ketua Polis Pulau Pinang dan seluruh warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang atas kejadian malang yang menimpa mangsa.

“Mengambil iktibar dari kejadian ini, pihak PDRM ingin menasihati pemilik-pemilik haiwan peliharaan supaya memberi perhatian sewajarnya serta mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi memastikan haiwan peliharaan tidak mendatangkan bahaya dan kegusaran kepada orang lain.

Baca juga:   Budak jatuh dari tingkat 16 ada unsur cuai, abai - Polis
Baca juga:   Pemandu MPV miliki empat rekod dadah lawan arus diburu polis

“Insiden yang menimpa kanak-kanak Republik Czech ini masih dalam siasatan oleh pihak PDRM IPD Timur Laut,” kongsinya.

Sementara itu, perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif netizen antaranya oleh pemilik akaun Facebook, Muhammad Daniel Alimin yang mengucapkan tahniah buat Sang Saka Biru.

Bagi Mat Atan pula, dia menyatakan polis dan masyarakat berpisah tiada.

“Demi kesejahteraan masyarakat dan keharmonian untuk pelancong-pelancong luar pihak PDRM sentiasa komited menjalankan tugas demi melindungi sesiapa sahaja,” kongsi Mat Atan.

Sehubungan itu, individu yang ingin menyalurkan sebarang maklumat boleh menghubungi talian WhatsApp IPD Timur Laut wasap.my/60195641822.

-EDISI9

Terkini

RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

PLUS Malaysia Berhad diarah mencari jalan penyelesaian berhubung isu kesesakan yang berlaku di plaza tol lebuh raya ekoran pelaksanaan...

Lagi Artikel Berkaitan