24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Tambak Johor kembali rancak dengan pembukaan VTL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LALUAN Johor-Singapura atau dikenali ‘Tambak Johor’ yang ditidurkan berbulan-bulan lamanya, kembali rancak dengan pembukaan rasminya hari ini dengan pelancaran Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) sempadan darat di Woodlands Checkpoint.

Memetik laporam Bernama, majlis berkenaan telah disempurnakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Tambak Johor yang berusia 97 tahun itu ditutup kepada kira-kira 40,000 pengguna harian sejak Mac 2020 bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Ismail Sabri yang memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini, melakukan perjalanan bersejarah dengan melintasi Tambak sejauh satu kilometer untuk memasuki Singapura sebelum beliau dan delegasi disambut Hsien Loong.

Ia adalah lawatan rasmi kali pertama Ismail Sabri ke negara republik ini sebagai Perdana Menteri.

VTL sempadan darat dilancarkan serentak dengan VTL udara hari ini.

Kadar vaksinasi penduduk dewasa di Malaysia dan Singapura telah mencapai lebih 95 peratus dan kadar vaksinasi yang tinggi ini memberikan peluang kepada kedua-dua negara membuka semula sempadan negara secara beransur, selamat, sistematik dan mampan.

Dalam perkara berkaitan, di majlis itu Ismail Sabri memeriksa kawalan kehormat dan seterusnya menandatangani buku pelawat.

Perdana Menteri turut diberi penghormatan apabila satu spesis hibrid anggerik baharu dinamakan sempena namanya, dan beliau kemudiannya membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Baca juga:   Kes COVID-19 di Thailand lepasi 600,000

Terdahulu pagi tadi Ismail Sabri bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VCL) laluan darat Singapura-Malaysia.

Baca juga:   Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura digantung sementara

Ismail Sabri diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan pegawai-pegawai kanan.

Ismail Sabri dijadualkan menghadiri perjumpaan empat mata dengan Hsien Loong kemudian nanti, sebelum mengadakan persidangan media bersama, yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Hsien Loong.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.-Edisi 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

KJ dan Dr Noor Hisham ke Geneva 24-29 Januari ini

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin akan berlepas ke Geneva, Switzerland bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>