27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Singapura komited kurangkan kesesakan di sempadan – MB Johor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Singapura sedia mengambil tindakan proaktif bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor yang merupakan antara sempadan negara tersibuk di dunia.

Ini susulan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menyelesaikan kesesakan trafik di sempadan sekali gus memberikan keselesaan kepada rakyat Malaysia dan Singapura.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura telah menyediakan tiga inisiatif bagi mengurangkan kesesakan trafik.

“Bermula awal 2024, Singapura akan memperkenalkan Sistem Automatik Pelepasan Dalam Kereta Penumpang (APICS) dimana ia melibatkan penggunaan kod QR di kaunter.

“Pegawai imigresen akan menjalankan pemeriksaan imej muka penumpang di dalam kereta menggunakan data yang diperoleh melalui kod QR.

Advertisements

“Pengguna tidak perlu lagi mengemukakan pasport kepada pegawai imigresen,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Onn Hafiz bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli semalam melawat Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura bagi melihat sendiri gerak kerja serta urus tadbir pintu sempadan.

Onn Hafiz Ghazi (tiga dari kiri) dan Rafizi Ramli (empat dari kiri) mendengar taklimat ketika melawat Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura semalam. – Edisi9/Onn Hafiz Ghazi

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, inisiatif lain ialah pengurusan trafik dinamik masa nyata agar pihak berwajib dapat memahami aliran trafik serta waktu yang bersesuaian untuk melakukan operasi khas.

Sebagai contoh katanya, laluan kereta akan ditukarkan kepada laluan motosikal, jika pusat operasi melihat kesesakan motosikal pada waktu puncak, serta memantau kesesakan penumpang dan perjalanan ulang-alik bas agar tiada sebarang kelewatan dan keperluan menambah bilangan bas penumpang.

“Memperkenalkan loop system atau sistem lingkaran, bagi bas Causeway Link (CW) supaya pemandu bas tidak lagi perlu melepasi imigresen, sebaliknya boleh membuat pusingan ‘U’ untuk mengambil atau menurunkan penumpang di Woodlands Checkpoint atau Bangunan Sultan Iskandar (BSI),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan