28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Kesalahan undang-undang tidak selesai dengan memohon maaf

Mesti Baca

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Noor diingatkan bahawa setiap kesalahan di sisi undang-undang yang dilakukan tidak akan selesai dengan memohon maaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata, ini kerana dalam perundangan jenayah permohonan kemaafan bukanlah satu pembelaan.

“Sebagai orang politik atau mana-mana orang yang dikurniakan kuasa, kita harus sedar bahawa pertuturan kita ada kuasa untuk mempengaruhi orang ramai, terutama sekali dalam musim pilihan raya.

“Sesiapa sahaja yang membangkitkan isu-isu yang membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tidak akan terselesai atas alasan memohon maaf kerana permohanan kemaafan bukan satu pembelaan dari segi undang- undang (legal defence) dalam perundangan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Sanusi yang telah mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idria Shah berkaitan pemilihan Menteri Besar Selangor yang dibuat dalam satu ceramah politik baru-baru ini.

Advertisements

Azalina menegaskan, walaupun kebebasan bersuara merupakan hak bagi setiap warga Malaysia di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan namun kebebasan itu tertakluk kepada Perkara 10(2) perlembgaaan sama bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang diberi kebebasan untuk menyiasat sesiapa sahaja yang membangkitkan isu 3R (agama, bangsa dan raja-raja) serta mereka yang melanggar undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Sebelum itu, Sanusi dilapor telah mengutuskan surat memohon keampunan daripada Suktan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan beliau terhadap baginda sebelum ini.

Beliau mendakwa ucapan yang disampaikan dalam ceramah tersebut telah diputarbelitkan oleh ejen-ejen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menimbulkan kefahaman yang salah kepada rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan