28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

42,946 pelajar bakal terima wang pendahuluan PTPTN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 42,946 pelajar yang akan menyambung pengajian ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bakal menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM1,500.

PTPTN berkata, wang tersebut diberikan kepada setiap pelajar yang layak untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki IPTA.

“Bagi kemasukan sesi Julai, pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui portal rasmi PTPTN dan menunaikan WPP tersebut di kaunter Bank Islam di seluruh negara mulai 18 Julai dengan membawa surat tawaran serta MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan). 

“Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan bermula 18 Julai hingga 18 September 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

PTPTN menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta kepada seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat diploma di IPTA bagi kemasukan sesi Julai.

Sejak WPP diperkenalkan pada 1999, seramai 969,046 pelajar telah menerima manfaat in dengan peruntukan berjumlah RM1.43 bilion.

PTPTN berkata, pelajar boleh membuat permohonan pinjaman secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN  mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya. 

“Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan