33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

RM3 bilion jayakan tanaman padi lima musim – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN komited dalam memastikan nasib pesawah terbela dengan meningkatkan pendapatan melalui pelaksanaan penanaman padi lima musim dalam dua tahun.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi menjayakannya.

Katanya, peruntukan itu adalah bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan sawah padi bagi membolehkan penanaman padi lima musim dalam dua tahun dapat dilaksanakan.

“Kalau nak jayakan projek tanaman lima kali pengeluaran dua tahun ini kena ada beberapa infrastruktur parit, tali air, macam-macam kena tambah. 

“Tiga tahun paling kurang (diperlukan untuk menyiapkan infrastruktur), mesti siap RM3 bilion. Jadi saya luluskan tetapi ada pilihan? Tidak,” katanya.

Advertisements
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan seorang penduduk. – Sumber: FB

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sentuhan Madani peringkat Kedah bersama Peladang, Penternak, Nelayan, Penoreh dan Pekebun Kecil di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di Alor Setar hari ini.

Anwar berkata, projek itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian, MADA dan Padiberas Nasional Bhd. (Bernas).

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan mampu menyelamatkan jutaan ringgit sekiranya tiada aktiviti yang menyalahi undang-undang di Kedah.

“Tapi kalau negeri ini selamat dari sakau, tak pernah boleh kita kata tak ada (wang peruntukan). Kalau negeri ini kita urus, jangan rasuah, jangan curi duit, balak, kita boleh selamatkan negara. RM3 bilion boleh selesai. 

“Ini kita biar, hasil kita ratus juta lingkup. Sebab itu kena ada orang bukan sahaja mampu tapi dengan pasukann dia,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan