31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

GPS bincang strategi bantu calon Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

PUCUK pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperincikan strategi kempen bagi menyatakan sokongan kepada calon parti di bawah Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS yang akan dipengerusikan Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini.

“Malam nanti kita akan melihat apakah keperluan di peringkat parti yang bertanding, khususnya (mewakili) Kerajaan Perpaduan.

“Sekiranya memerlukan (penglibatan) saya secara langsung, saya bersedia (melaksanakannya) atas arahan Premier Sarawak (Abang Johari),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Kebangsaan Shell LiveWIRE di Kuching hari ini.

PRN akan diadakan secara serentak di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata baru-baru ini, Menteri Persekutuan yang mewakili GPS telah mengadakan persefahaman dengan Kerajaan Perpaduan, untuk terlibat dalam program kementerian ketika musim PRN.

Pada 2 Julai lepas, media melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin GPS dapat turun padang membantu calon BN menghadapi PRN. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan