29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sanusi mohon keampunan Sultan Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memohon kemapunan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja di negeri itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Muhammad Sanusi berkata, beliau telah mengutuskan warkah bagi menjelaskan maksud sebenar dalam ucapan yang disampaikannya dalam ceramah sebelum ini.

Katanya, ucapan beliau telah diputar-belitkan oleh ejen-ejen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk menimbulkan kefahaman yang salah kepada rakyat.

“Saya telah mengutuskan warkah ke hadapan Sultan Selangor untuk menjelaskan konteks, maksud sebenar dan medan yang tercangkup daripada ucapan yang telah sengaja diputar belit itu.

“Warkah saya itu didahului dengan merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Selangor seraya berharap tidaklah timbul kemurkaan Tuanku bersabit isu-isu yang sengaja dibangkitkan daripada ucapan itu,” katanya hari ini.

Advertisements

Muhammad Sanusi berkata, beliau dimaklumkan oleh Pegawai Istana Selangor bahawa Sultan Selangor telahpun memberi perkenan untuk menerima dan membaca warkahnya, semalam.

Katanya, beliau tidak akan akan berkongsi surat tersebut di media sosial bagi memelihara kemuliaan Sultan Selangor dan menjaga adat dan adab berurusan dengan Istana.

Menurutnya, beliau telah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat polis dari Bukit Aman pada pukul 2 pagi semalam untuk melengkapkan siasatan ke atas laporan-laporan yang telah dibuat.

“Demikianlah adanya untuk makluman semua yang berminat dalam isu ini.

“Air nan sengaja dikeruhkan moleklah dibiarkan jernih agar terlihat kilas ikannya. Menangguklah di ketika itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan