30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pemimpin PN membisu bila Sultan Selangor dihina – Amirudin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENDEKATAN diam membisu pemimpin Perikatan Nasional (PN) Selangor apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dihina seolah-olah memberi gambaran mereka membenarkan perbuatan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau hairan dengan sikap berdiam diri PN Selangor yang dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi ketika rakan mereka menyinggung Sultan Selangor.

“Tidak ada langsung permohonan maaf daripada mereka walaupun sepentas semasa rakan mereka dari PN menyinggung Sultan Selangor.

“Adakah mereka lebih gemar mempertahankan kawan mereka dan sanggup membiarkan institusi diraja Selangor dijadikan bahan penghinaan?” soal Amirudin menerusi hantaran Facebook malam tadi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Noor dalam ceramahnya sebelum ini dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Advertisements

Susulan daripada itu, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor.

Sanusi disiasat bagi kesalahan berkait ucapan berbaur 3R iaitu kaum, agama dan raja.

Amirudin berkata, beliau kecewa dengan tindakan pimpinan PN Selangor kerana sebagai pemimpin yang memperjuangkan orang Melayu, mereka sepatutnya tampil mempertahankan Institusi Diraja.

“Inilah yang dinamakan hipokrit, mendabik dada kononnya memperjuangkan hak orang Melayu tapi melanggar batas adab sebagai anak Melayu.

“Tidak hormat pada institusi Raja Raja Melayu. Sungguh mengecewakan dan menyedihkan,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan