Thursday, July 23, 2026

Shahidan dijangka umum sekatan penjualan arak Khamis ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada 2 Disember di Parlimen berhubung sekatan penjualan arak.

Memetik laporan Sinar Harian, Shahidan menjelaskan kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.

“Kami telah mencapai kata sepakat dengan pengeluar dan pengedar arak, saya akan membuat pengumuman Khamis ini (di Parlimen),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Topping Off Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian telah bercakap dengan semua pihak yang membantah keputusan untuk menyekat penjualan arak.

“Kementerian telah bercakap dengan semua pihak berkepentingan yang membantah keputusan itu dan bersetuju dengan pendekatan menang-menang.

“Matlamat kami adalah untuk mengekang kebolehcapaian mudah arak dan sebenarnya isu ini sudah selesai,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengeluarkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang telah digunapakai berkuatkuasa 15 November 2020.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan