24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KKM lulus permohonan tempoh jangka hayat vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. dan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk bagi vaksin Covid-19, Coronavac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pelanjutan tempoh jangka hayat produk itu diberikan berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang.

“Tempoh jangka hayat baharu bagi (Vero cell), Inactivated(MAL21046125ACSZ) untuk kedua-dua pek saiz (satu dos/vial dan dua dos/vial) iaitu tambahan enam bulan daripada tarikh asal yang dicetak pada label vial.

“Pelanjutan jangka hayat daripada enam bulan kepada 12 bulan ini bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu 2 darjah celcius hingga 8 darjah celcius. Pengilang untuk produk ini ialah Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, untuk Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21016022AZ) di bawah pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium pula tambahan tiga bulan daripada tarikh asal yang dicetak pada label vial.

“Pelanjutan jangka hayat daripada enam bulan kepada sembilan bulan bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu -90 darjah celcius hingga -60 darjah celcius,” katanya.

Ujarnya, tempoh jangka hayat yang sama juga turut melibatkan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21036039ASZ) di bawah pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, kelulusan pelanjutan jangka hayat ini juga terpakai kepada semua stok secara retrospektif sebelum permohonan variasi ini diluluskan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan