Tuesday, June 16, 2026

5,413 kes baharu COVID-19 hari ini – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,413 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,556,865 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes haeian tersebut, sebanyak 17 kes adalah kes import manakala 5,396 kes adalah penularan tempatan.

“Dalam pada itu, sebanyak 102 kes telah dilaporkan (1.9 peratus) membabitkan kes daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Sementara, 5,311 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 6,013 kes sekaligus menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,461,780 kes kumulatif atau 96.3 peratus.

“Terdapat 545 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 458 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 264 kes (184 kes disahkan COVID-19 ; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Di samping itu, ujarnya, sebanyak tujuh lagi kluster baharu dilaporkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 252 kluster. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan