28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

Tidak ada sebarang rancangan penjualan LTSAAS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, hak dan operasi lapangan terbang itu masih seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.

“Setakat ini kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian LTSAAS kepada entiti perniagaan swasta.

“Hak dan pengopersian lapangan terbang itu kekal seperti mana diperuntukkan di bawah perjanjian pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Ia adalah untuk mengendali, mengurus, menyelenggara, menetap dan mengguna lapangan terbang itu sehingga 2034 melalui Operating Agreement dan sehingga 2067 melalui Lease Agreement,” katanya lapor Astro Awani.

Baca juga:   Alumni 4B Malaysia kutuk serangan rejim Zionis

Tambah beliau, MAHB juga bertanggungjawab untuk membangunkan lapangan terbang itu sebagai hub aeroangkasa antarabangsa seperti mana diputuskan jemaah menteri pada 2005.

Kenyataan itu merupakan kenyataan susulan daripada keputusan sama dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) pada Jun lepas.

Menerusi satu kenyataan, MoF memaklumkan, hartanah lapangan terbang itu merupakan aset strategik kerajaan.

MoF berkata LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.

Baca juga:   Alumni 4B Malaysia kutuk serangan rejim Zionis

Selain itu, MOF turut memaklumkan sebahagian tanah LTSAAS telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun iaitu 2007 hingga 2037, merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage.-Edisi 9

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan