24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bakal jemaah boleh mohon dos penggalak menerusi MySejahtera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik untuk bakal-bakal jemaah umrah berkenaan dengan pemohonan dos penggalak vaksin Covid-19 kerana mereka boleh memohon vaksin tersebut untuk tujuan menunaikan ibadah dengan membuat permohonan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menerusi ciapan Twitter yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), permohonan itu boleh dibuat pada ‘Helpdesk’ di aplikasi MySejahtera untuk membuat janji temu dos penggalak.

“Langkah pertama ialah klik pada ‘mula’ seterusnya, klik pada ‘janji temu vaksinasi penggalak’ seterusnya muat naik dokumen yang diperlukan bagi membolehkan mempercepatkan permohonan vaksinasi penggalak,” katanya.

Advertisements

Pihak JKAV juga turut memuat naik panduan dan video kaedah mengisi permohonan bagi dos penggalak melibatkan bakal jemaah umrah pada laman Twitter tersebut.

Dalam masa sama sehingga 11.59 malam tadi, sebanyak 1,042,234 dos penggalak sudah diberikan kepada penerima vaksin yang layak.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan