27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

6,026 kes sembuh, 41 kematian dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES sembuh negara mencatatkan pertambahan dengan sejumlah 6,026 kes dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh dicatatkan sebanyak 2,441,485.

Sementara, sebanyak 41 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 29,576 kes manakala, sebanyak lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,983 kes.

Sementara itu, pesakit aktif terus bertambah  dengan sebanyak 450 kes dilaporkan menjadikan jumlah terkini sebanyak 64,277 kes.

Ia melibatkan 50,063 kes dikuarantin di rumah dan 7,966 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Sementara, 5,705 kes di hospital, 275 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 268 di ICU dengan bantuan pernafasan. – EDISI 9

Baca juga:   KKM sentiasa tambah baik sistem kesihatan negara

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan