32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kanak-kanak 7 tahun maut selepas lebih sejam dirempuh van

Mangsa turun dari van berkenaan dan melintas di hadapan van tersebut sebelum dirempuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas lebih sejam dilanggar van dinaikinya, di hadapan sebuah tadika di Sepang, Selangor hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi itu, mangsa disahkan maut kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum dirempuh.

“Setelah selesai menurunkan penumpang di tadika tersebut, pemandu van bergerak maju ke hadapan di mana pada masa yang sama mangsa melintas di hadapan van.

“Pemandu van kemudian melanggar mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan tadi.

Wan Kamarul Azran berkata, pemandu berusia 31 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika pemandu van menghantar mangsa dari sebuah sekolah kebangsaan ke sebuah tadika untuk transit sebelum mangsa ke sekolah bagi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Selepas kejadian berkenaan, mangsa yang cedera di bawa ke unit kecemasan Nilai Medical Centre namun mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis sedang merakam percakapan pemandu van berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan kejadian itu tular di media sosial serta mendapat pelbagai komen sayu dari netizen.

-EDISI9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan