24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah kini dinaikkan kepada 100,000 orang, bermula hari ini.

Bilangan jemaah solat fardu turut dinaikkan kepada 60,000 orang.

Memetik laporan Bernama, menurut akaun Twitter kementerian itu, pihaknya membuat penyelarasan dengan agensi berkaitan dalam melaksanakan pelan strategik yang menumpukan kepada kesihatan dan keselamatan, sebagai persediaan menerima 3.5 juta jemaah serta pengunjung sebulan.

Pada awal bulan lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan seramai 10 juta jemaah sudah mengerjakan ibadah umrah sejak pelancaran ‘model umrah yang selamat’ pada 4 Oktober 2020.

Advertisements

Selain itu, kementerian turut memaklumkan lebih 12,000 visa telah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menyambut kedatangan jemaah dari pelbagai negara sejak 10 Ogos lalu.

Sementara itu, Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berkata, pihaknya bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah dari dalam serta luar Arab Saudi, dan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah.

“Segala operasi serta persiapan menyambut kedatangan jemaah, mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan semua langkah pencegahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah mengerjakan umrah”, katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan