Wednesday, June 17, 2026

Kes rogol bawah umur di Kelantan meningkat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes rogol termasuk pasangan kekasih bawah umur di Kelantan merekodkan peningkatan sebanyak 65 kes dalam tempoh Januari hingga Julai lalu, berbanding 54 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, peningkatan lebih enam peratus itu kebanyakannya membabitkan mangsa bawah umur berusia 13 hingga 16 tahun, selain pelaku berusia hingga 30-an.

“Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku atas dasar suka sama suka, namun kerana di bawah umur masih dikategorikan sebagai jenayah rogol.

“Mangsa dan pelaku juga saling mengenali dengan mereka berkenalan di laman sosial seperti aplikasi Instagram, Whatapps dan selebihnya kenalan jiran dan rakan sekolah,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jelawat, Bachok, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

Shafien berkata, hasil siasatan juga mendapati kebanyakan kes rogol dilakukan di rumah mangsa atau pelaku.

Katanya, ini berikutan mereka tidak boleh melakukan rentas negeri atau daerah ketika pandemik COVID-19.

“Sehubungan itu, kita mengharapkan ibu bapa supaya lebih prihatin terutama terhadap anak perempuan selepas statistik kes rogol yang meningkat, diikuti kecurian motosikal,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan