29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MASTEX 2021 medan TLDM kongsi kepakaran bersama Australia

TUDM pula akan adakan Eksesais Ababil 2021 di sekitar Labuan dan Kota Belud mulai 7 - 17 September

Mesti Baca

LUMUT – Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia tidak menghalang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalankan eksesais bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) di sini.

Dinamakan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021, eksesais itu bertujuan memperkukuhkan interoperability serta kerjasama strategik pertahanan maritim.

TLDM dalam kenyataanya berkata, eksesais itu diadakan pada 2 September hingga semalam di perairan Selat Melaka.

Katanya, eksesais bilateral tahunan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini telah diadakan sejak tahun 2002 lagi bagi memperkukuhkan semangat kerjasama dan diplomasi pertahanan.

Ini dilakukan melalui kaedah perkongsian idea dan kepakaran di lapangan menerusi pelaksanaan latihan seperti peperangan anti-serangan udara, anti-kapal selam, penembakan sasaran permukaan, manouvre taktikal serta pengoperasian bot.

“Dalam keadaan dunia yang sedang berhadapan dengan Pandemik COVID-19, kedua angkatan laut terus mempamerkan komitmen, profesionalisme dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut bagi memastikan latihan berjalan lancar.

“TLDM akan terus memanfaatkan peluang berlatih bersama angkatan laut sahabat bagi memastikan tahap kesiagaan warganya berada di tahap yang tinggi pada sebilang masa,” kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebanyak tiga buah aset TLDM terlibat dalam eksesais ini iaitu KD Lekiu, KD Jebat serta helicopter Super Lynx manakala TLDA telah mengatur gerak empat buah aset iaitu HMAS Canberra, HMAS ANzac serta helikopter CH47 dan MH-60S dari Australian Maritime Task Group.

Katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut tidak ketinggalan menjayakan eksesais ini menerusi penglibatan dua buah pesawat F/A-18D dan dua buah pesawat Hawk.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, TUDM dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan Eksesais Ababil 2021 di Pangkalan Udara Labuan dan Kita Belud mulai 7 September hingga 17 September ini.

Eksesais itu diadakan bagu menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota PASKAU serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.

“Eksesais ini juga bertujuan menguji keupayaan peralatan persenjataan dan kesiapsiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan dalam pelaksanaan tugas operasi bersama melibatkan pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat juang, pengangkut dan helikopter,” kata kenyataan itu di sini.

Sehubungan itu, TUDM menggesa orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat udara itu terbang rendah sepanjang tempoh eksesais.

Ini kerana pesawat-pesawat itu melakukan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu yang sudah digazetkan sebagai kawasan latihan. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan