26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

TUDM sahkan pesawat Beechcraft lakukan pendaratan cemas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T miliknya melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

TUDM menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1 petang tadi ketika pesawat menjalani latihan penerbangan.

Menurut kenyataan itu, kesemua empat anak kapal di dalam pesawat tersebut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pesawat dari No. 16 Skuadron tersebut membawa empat anak kapal sedang melaksanakan latihan penerbangan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada pukul 11.27 pagi.

“Semua anak kapal yang terlibat selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, juruterbang menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang memaklumkan mengenai masalah pada gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat. 

Katanya, Menara ATC  Subang segera memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang Subang (AFRS) bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang (AEP) untuk menyediakan bantuan kecemasan.

“Pesawat tersebut dalam proses untuk dialihkan dan pemeriksaan penuh landasan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan operasi di lapangan terbang. 

“Landasan dijangka akan dibuka semula untuk beroperasi pada pukul 5 petang. Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” jelasnya menerusi kenyataan. – Edisi9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan