33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Hotel Hard Rock terbesar bakal dibuka di Genting Highlands

Mesti Baca

KING’S Park akan membuka hotel Hard Rock terbesar di Asia iaitu Hard Rock Genting Highlands pada 2027.

King’s Park Development Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, Hard Rock Genting Highlands setinggi 45 tingkat itu akan menampilkan 371 bilik dan 630 suite.

Ini menjadikan keseluruhan 1,001 bilik dan suite, 200 meter persegi ruang runcit dipanggil ‘Rock Shop’, selain kolam renang panas, ruang makan, spa selain lounge dan bar.

Ia juga sebahagian daripada fasa ketiga pembangunan King’s Park.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM10 bilion, King’s Park akan dibangunkan dalam lima fasa, merangkumi komponen kediaman, komersial dan hiburan.

Advertisements

Sementara itu, perjanjian bagi pembangunan Hard Rock Genting Highlands dimeterai baru-baru ini oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Global Hard Rock International, Todd Hricko bersama Pengerusi HR Resort & Residences Sdn Bhd, Lim Kim Chai.

HR Resort & Residences adalah pemilik dan pembina Hard Rock Genting Highlands, manakala Hard Rock International adalah operator hotel berkenaan.

Perjanjian disaksikan oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Hotel Asia Pasifik Hard Rock International, Edward Chan; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama King’s Park Development, Datuk Jayandren Subramaniam serta Naib Presiden Eksekutifnya, Sean Chen.

Selain hotel itu, King’s Park juga akan menyaksikan pembangunan taman tema, hartanah kediaman dan kemudahan perubatan.

Keseluruhan pembangunan dijangka siap dalam tempoh kira-kira 10 tahun. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan