25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pengunjung berkenderaan ke Genting bakal dikenakan tol

Mesti Baca

PARA pengunjung yang berkenderaan ke pusat peranginan Genting Highlands bakal dikenakan tol apabila plaza tol yang kini dalam pembinaan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya siap tidak lama lagi.

Menurut jurucakap pengendali tol tersebut, Lingkaran Cekap Sdn. Bhd., bayaran hanya dikenakan bagi laluan naik ke Genting Highlands dan tiada tol ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan.

“Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyelenggara jalan di tanah tinggi sejak membinanya pada pertengahan 60-an,” katanya.

Advertisements

Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya sehingga mencetus tanda tanya dalam kalangan warga net.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan.

Sementara itu, pihaknya turut menepis dakwaan bakal berlakunya kutipan tol pada kadar RM2.50 dan RM3 bermula Jun 2024.

Katanya, perkara berkenaan memerlukan lebih banyak perbincangan sebelum pengumuman rasmi dibuat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan