32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Solidariti demi Palestin, Kepci Music Fest di Johor tangguh

Mesti Baca

BERIKUTAN konflik yang berlaku di Gaza, KFC Malaysia mengumumkan penangguhan Kepci Music Fest ketiga yang dijadualkan akan berlangsung esok di Arena Larkin, Johor.

KFC menjelaskan penangguhan konsert penutup kepada acara festival muzik itu berdasarkan semangat solidariti terhadap kesengsaraan rakyat Palestin yang terbabit dalam peperangan bersama tentera Israel pada ketika ini.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa KFC Malaysia akan menangguhkan Kepci Music Fest di Arena Larkin yang dijadualkan pada 21 Oktober.

“Keputusan ini dibuat dengan berat hati, namun ia perlu bagi menzahirkan kebersamaan dengan saudara Palestin kita di Gaza.

“Kami juga ingin memohon maaf kepada semua yang menantikan Kepci Music Fest ini dan memahami kesulitan yang bakal dialami oleh semua pihak.

“Kami berharap rakyat Malaysia memahami situasi krisis yang dialami dan sangat menghargai sokongan anda semua,” katanya dalam satu kenyataan yang di muat naik di sosial media.

Advertisements

KFC Malaysia berkata, mereka juga akan membantu penduduk Gaza yang terkesan akibat peperangan itu.

“Pihak kami sedang giat mengumpul dana untuk membantu individu dan komuniti di Gaza yang terjejas akibat konflik ini.

“Maklumat lanjut tentang inisiatif ini akan dikongsikan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Antara penyanyi yang terbabit menjayakan konsert edisi ketiga itu adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Awie, Datuk Amy Search, Dolla, Estranged, Luqman Podolski, Dalia Farhana, Evelyn Feroza, Forceparkbois dan DJ Colonel.

Penganjuran festival muzik ini bukan sekadar meraikan KFC yang menyambut ulang tahun ke-50 di Malaysia tetapi juga sebagai tanda penghormatan kepada rakyat Malaysia atas perpaduan kepelbagaian dan kegembiraan yang dikongsikan bersama KFC selama lebih lima dekad. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan