28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Warga emas maut, terjatuh gaung di Genting Highlands

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas ditemui maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter di Kilometer 1 jalan naik Genting Highlands petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.53 petang.

“Seramai enam anggota dan dua pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dikerahkan ke tempat kejadian.

Advertisements

“Setiba di lokasi, dipercayai mangsa iaitu lelaki berusia 60-an itu tergelincir ketika melakukan lawatan tapak untuk kerja-kerja pemasangan paip di di lereng bukit berkenaan.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali dan pengusung untuk menaikkan mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Tambah beliau, kerja-kerja menyelamatkan dijalankan bersama Unit Kebaran Genting dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan