Thursday, July 23, 2026

Tular rakaman warga asing marah polis video lama

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai warganegara Myanmar sedang memarahi polis di sebuah kedai runcit adalah video lama.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada tahun lalu di kedai runcit di kawasan Taman Tan Sri Yaccub, Skudai, Johor.

Bagaimanapun kata beliau, video kejadian tersebut tular di media sosial kelmarin.

“Suspek merupakan pelanggan di kedai runcit tersebut. Semasa kejadian, suspek dalam keadaan mabuk. Pemilik kedai runcit tersebut memaklumkan suspek sering datang dalam keadaan mabuk dan suka membuat bising. 

“Pemilik kedai juga mengesahkan suspek telah lama tidak datang ke kedainya dan telah berpindah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rahmat berkata, orang ramai perlu menyelidik sesuatu video yang diterima sebelum menyebarkannya di media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya menularkan sesuatu perkara yang tidak pasti serta membuat sebarang andaian,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan