27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PM hadiri dialog bersama anak muda di Langkawi esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Langkawi esok bagi menghadiri satu sesi dialog khas bersama anak muda Kedah.

Anwar menerusi Facebook berkata, beliau turut mempelawan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran untuk turut sama hadir memeriahkan sesi dialog berkenaan.

“InsyaAllah esok saya akan mengadakan sesi dialog bersama anak-anak muda Kedah khususnya di Langkawi.

“Saya ingin mengajak semua yang berkelapangan untuk turut serta dalam sesi ini bertempat di Kolej Vokasional Langkawi jam 3.30 petang,” katanya hari ini.

Advertisements

Santai Petang dan Dialog Bersama Perdana Menteri tersebut merupakan anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kolej Vokasional dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

Dalam pada itu, Langkawi ketika ini menjadi tumpuan dunia menerusi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

LIMA ’23 berlangsung bermula hari ini sehingga 27 Mei 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan