Thursday, June 4, 2026

PM terima kunjungan hormat 16 perwakilan diplomatik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat 16 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia.

Kesemua Ketua Diplomatik Malaysia berkenaan akan memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing di luar negara.

Menerusi hantaran di Facebook Anwar berkata, dalam pertemuan itu, kami sempat bertukar-tukar pandangan tentang dasar dan hala tuju kerajaan terhadap hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara yang berkenaan.

“Hari ini, saya telah menerima kunjungan hormat seramai 16 Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang akan memulakan tugasan di negara penempatan.

“Apakala sesi di pejabat saya itu, selain bertukar pandangan, saya juga telah berkongsi aspirasi dan perspektif berkenaan isu-isu domestik yang menjadi keutamaan Kerajaan buat masa ini, terutamanya setelah Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dibentangkan pada 13 Oktober 2023.

“Sekalung penghargaan diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik.

“Semoga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, Insya-Allah,”ujar beliau. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan