27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kembalikan GST pada kadar lebih rendah, bukan naikkan SST

Mesti Baca

KERAJAAN digesa menyusun semula sistem percukaian negara dengan memperkenalkan kembali cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukannya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Jurucakap MCA, Saw Yee Fung berkata, ini kerana peningkatan daripada 6 peratus kepada 6 peratus dalam SST akan memberi impak tinggi kepada rakyat terutama kumpulan pendapatan M40.

Beliau berkata, kerajaan sebaliknya perlu melaksanakan GST pada kadar yang lebih rendah iaitu 3 peratus hingga empat peratus.

“Kerajaan wajar menyusun semula sistem percukaian negara, dan bukannya menaikan kadar cukai dalam usaha untuk menstabilkan ekonomi negara, apatah lagi apabila nilai ringgit kita semakin menurun dan kadar inflasi juga semakin meningkat.

“Keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar SST juga dilihat seakan ‘menghukum’ mereka yang kerap membayar cukai.

“Selain itu, SST juga tidak secekap GST dalam menangani masalah ketirisan dan pengelakkan bayaran cukai oleh golongan tidak bertangungjawab.

Advertisements

“Keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar SST hanya menggalakkan rakyat untuk mencari jalan mengelak membayar cukai, dan akhirnya menjejaskan pendapatan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Saw berkata, rancangan kerajaan untuk menggunakan e-invois sebagai kaedah untuk menyelesaikan ketirisan dan pengecualian pembayaran cukai akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan sepenuhnya.

“Jika kerajaan benar-benar cakna dan prihatin terhadap kesusahan rakyat, dan ikhlas mahu membantu mengurangkan beban mereka, mengapa pula mereka enggan melaksanakan GST pada kadar yang lebih rendah, seperti 3 hingga 4 peratus, tetapi sanggup menaikkan kadar SST kepada 8 peratus?” soalnya.

Ketika pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan berkata, kenaikan SST kepada lapan peratus tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Industri yang terjejas termasuk logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan