25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Hantar tentera ke Palestin perlu disepakati negara jiran – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBARANG langkah untuk menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan misi di Palestin perlu mendapat kebenaran dan disepakati bersama negara-negara jiran terlebih dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bukanlah satu keputusan yang mudah dan jika dibuat secara terburu-buru akan membuatkan pesawat kita tidak boleh mendarat di sana.

“Menghantar tentera termasuk pendamai, keamanan ataupun koridor kemanusiaan itu mesti disepakati oleh negara jiran. Kalau tidak, pesawat kita tidak boleh mendarat.

“Jadi saya minta supaya ada kefahaman jangan dikelirukan rakyat. Kalau apakah dikatakan perlu, kita sepakat sebagai satu komuniti.

“Bersama rakan-rakan dan jiran untuk memutuskan apaa sahaja yang perlu untuk menyelamatkan rakyat Palestin daripada terus dizalimi dan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika memberikan perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah memberi memberi mandat penuh kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk berbincang bagi menyegerakan bantuan kemanusiaan.

“Saya beri mandat kepada Menteri Luar ambil keputusan apa sahaja yang mungkin untuk menyegerakan bantuan kemanusiaan dan apa tindakan yang disepakati dengan negara-negara jiran supaya dapat dilaksanakan tindakan ini dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri berkata, beliau menyatakan sudah sampai ketikanya kerajaan Malaysia akan bersama dengan rakan-rakan (negara lain) untuk melakukan apa sahaja yang perlu.

“Dalam perbincangan-perbincangan kita dengan wakil-wakil negara nampak keresahan itu telah meluap dan sudah nampak ada jalan buntu terutama kerana Israel diberi dukungan penuh oleh Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan