23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

BKC Fasa 1 akan dikreditkan mulai esok – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula esok.

Pemakluman tersebut dikongsikan beliau menerusi ciapan di Twitter di sini.

Perdana Menteri berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion telahpun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC

Menurutnya, BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya berharap pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Baca juga:   Pengaruh “Mat Kilau” tarik Keluarga Malaysia dalami silat - PM

Bantuan tersebut sepatutnya dibayar mulai Ogos tetapi berlaku kelewatan berikutan pertukaran dalam pucuk pimpinan kerajaan.

Ismail Sabri berkata, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pad 28 Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19. – Edisi 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan