26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ismail Sabri kesal kerajaan batal bina litar drag

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri.

Beliau berkata, litar drag merupakan platform terbaik menarik lebih ramai tenaga pengajar professional untuk melatih belia dan seterusnya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran negara.

“Kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran ini merupakan salah satu punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti perlumbaan haram, aktiviti samseng jalanan dan melepak.

“Pihak KBS diharap dapat memberi pertimbangan sewajarnya akan cadangan tersebut agar satu penyelesaian tuntas dapat diberikan dan seterusnya dapat dimanfaatkan belia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri ketika menjadi Perdana Menteri Ogos lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta dalam Bajet 2023 bagi pembinaan litar perlumbaan drag.

Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Dewan Rakyat berkata, kerajaan tidak bercadang meneruskan cadangan tersebut kerana kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan litar yang tinggi.

Mengulas lanjut, beliau mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meninjau dan melawat litar perlumbaan drag yang telah siap dibina di Terengganu dan Johor.

Katanya, kos pembinaan litar drag di Johor adalah pada kadar minimum seperti pembinaan litar dan pagar keselamatan sahaja berbanding di Terengganu yang menelan kos lebih tinggi kerana mempunyai tempat duduk grandstand.

“Pembinaan litar drag di Jempol, Negeri Sembilan yang siap pada 2022 juga hanya melibatkan kos sebanyak RM1.3 juta iaitu satu usaha kerjasama di antara agensi swasta, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

“Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memahami aspirasi anak muda dan minat mereka dalam bidang permotoran ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan